Pasukan 1 - Resipi Cabaran Lambassador | Istimewa Ramadan & Raya
Terokai pelbagai koleksi Resipi Pasukan Lambassador, yang mempamerkan hidangan inovatif yang dihasilkan oleh pasukan masakan terkemuka. Terdiri daripada cita rasa tradisonal Melayu hinggalah ciptaan gabungan yang modern, resipi ini menonjolkan kepelbagaian daging kambing dan lembu Australia. Sesuai untuk masakan di rumah dan profesional, temui cara unik untuk menyediakan dan menikmati daging merah premium.
Pasukan 1: Cilantro Culinary Academy
Ahli Pasukan: Foo Hong Liang & Gwen Lee Wei
Chef Mentor: Chef Mohd Hafiz, Lambassador
Nasi Kambing
Ingredients:
● 800g Kaki Kambing Australia Sejuk, dengan tulang
● 3 cawan Beras Basmati (direndam selama 30 minit)
● 2 cawan Air rebusan daging
● 1 ½ cawan Susu sejat
● 2 Bawang merah, dihiris halus-halus
● 8 ulas Bawang putih, dikisar
● 30g Halia, dikisar
● 3 sudu besar Serbuk kurma
● 3 sudu besar Serbuk biryani
● 10g Daun ketumbar, dicincang
● 30g Daun pandan
● 4 Kulit kayu manis
● 5 Bunga lawang
● 15 Buah pelaga
● 15 Bunga cengkih
● 3 sudu besar Minyak sapi
● 2 sudu besar Mentega
● 1 Tomato, dipotong dadu
● 1 sudu besar Garam
● 1 sudu teh Serbuk ayam
● 1 sudu besar Gula
Method:
-
Bancuh serbuk kurma dan biryani sehingga menjadi pes.
-
Rebus kaki kambing di dalam air untuk menyediakan air rebusan daging. Masak sehingga betul-betul empuk, kemudian potong menjadi kiub kecil.
-
Panaskan mentega dan minyak sapi di dalam kuali. Tumis rempah kering sehingga wangi, kemudian masukkan daun pandan, bawang yang dihiris, bawang putih dan halia.
-
Tumis sehingga perang keemasan, kemudian tambahkan tomato yang dipotong dadu.
-
Masukkan beras yang telah direndam dan gaulkan sebati dengan pes. Tuangkan air rebusan daging dan susu sejat.
-
Tambahkan garam, serbuk ayam dan gula. Kacau rata-rata.
-
Didihkan dengan api yang sederhana, kemudian kecilkan api dan renehkan sehingga nasi masak.
-
Hias dengan daun ketumbar yang telah dihiris sebelum dihidangkan.
Perencah untuk Nasi: Air Asam Jawa
Ingredients:
● 4 Cili padi
● 2 Cili merah
● 3 Tomato, dipotong dadu
● 2 Bawang merah, dihiris
● 2 sudu besar Air perahan limau
● 4 sudu besar Air asam Jawa (Tamarind water)
● 1 sudu besar Serbuk belacan
● 2 sudu teh Garam
● 3 sudu besar Gula
● 3 sudu besar Pes kerisik
Method:
-
Hiris semua sayur-sayuran.
-
Tumis serbuk belacan dan ketepikan.
-
Dalam satu mangkuk, gaulkan semua bahan-bahan dengan sebati.
-
Perasakan mengikut cita rasa.
Nyonya Kerabu Salad
Ingredients:
● 3 tangkai Serai, dihiris halus-halus
● 3 sudu besar Pes kerisik
● 2 Bawang merah, dihiris
● 4 Cili api, dihiris
● 4 sudu besar Air Asam Jawa
● 30g Limau Bali
● 2 sudu teh Air perahan limau
● 1 sudu besar Garam
● 2 sudu besar Gula
Sayur-sayuran:
● 1 Buah nanas, dipotong dadu
● 2 Bawang merah, dihiris
● 3 Cili merah, dihiris
● 60g Kacang panjang, dihiris
● 2 Timun Jepun (Kyuri), dihiris
Method:
-
Cincang halus-halus semua sayur-sayuran dan ketepikan.
-
Campurkan serai dan bahan-bahan sos dalam satu mangkuk.
-
Gaulkan sayur-sayuran dengan sos tadi, sebatikan rata-rata.
-
Rasa dan sesuaikan perasa dengan garam serta gula seperti yang diperlukan.
Kambing Percik
Ingredients:
● 8 bahagian Kaki Kambing Australia Sejuk, dengan tulang
● 100g Bawang besar
● 40g Lengkuas (Galangal)
● 30g Halia
● 20g Bawang putih
● 30g Serai
● ¾ biji Buah keras
● 200g Susu sejat
● ½ tin Santan (kelapa)
● 5g Biji ketumbar
● 5g Jintan manis
● 5g Jintan putih
● 100g Cili kisar (cili boh)
● 20g Gula Melaka
Method:
-
Kisarkan semua bahan menjadi pes dan perap kambing.
-
Tumis pes tersebut sehingga pecah minyak. Masukkan cili kisar, asam keping, garam dan Gula Melaka. Teruskan menumis sehingga pes berwarna terang.
-
Campurkan susu sejat dan santan. Kacau rata-rata.
-
Layur kambing dalam kuali panas, kemudian pindahkan ke dalam ketuhar gabungan dan panggang pada suhu 180°C selama 15 minit.
-
Tuangkan sos percik ke atas kambing sebelum dihidangkan dengan nasi panas.
Daging Masak Madu
Ingredients:
● 1kg Daging Australia Sejuk (Striploin or Blade, kepingan tebal)
● 8 Bawang merah
● 30g Halia
● 3 Cili merah
● 1 sudu besar Biji ketumbar
● 1 sudu besar Jintan putih
● 1 sudu besar Jintan manis
● 4 batang Serai
● 30g Lengkuas
● 3 helai Daun salam
● 3 Kulit kayu manis
● 15 Bawang putih
● 1 ½ cawan Air
● 1 sudu besar Garam
● 1 sudu besar Serbuk ayam
● 1 sudu besar Gula
● 4 sudu besar Madu
● 1 sudu besar Sos tomato
● 6 sudu besar Minyak
Method:
-
Panggang dan kisarkan ketumbar, jintan manis, dan jintan putih bersama bawang merah, halia, cili, serai dan lengkuas.
-
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis adunan yang telah dikisar bersama rempah kering di atas api yang kecil sehingga pecah minyak.
-
Masukkan madu, sos tomato, dan perasa. Kacau rata-rata.
-
Layur daging sehingga keperangan, kemudian hiris nipis-nipis.
-
Masukkan daging yang dihiris ke dalam pes dan teruskan menumis.
-
Tuangkan air, biarkannya mendidih, kemudian renehkan sehingga sos pekat.
Nasi Kerabu
Ingredients:
● 600g Beras Jasmine
● 720ml Air
● 15g Daun limau purut
● 40g Serai
● 20g Galangal
● 4 Daun pandan
● 1 sudu teh Minyak
● 20g Bunga telang
Method:
-
Rebus bunga telang dalam air dan ketepikan.
-
Basuh beras dan rendamkannya dalam air bunga telang semalaman.
-
Satukan semua bahan ke dalam periuk dan didihkan.
-
Kacau-kacaukan nasi, kemudian kecilkan api, tutup periuk dan biarkan nasi tersebut masak.
Serunding Kelapa
Ingredients:
● 300g Kelapa parut
● 300g Ikan Selayang (Mackerel fish)
● 100g Bawang besar, dihiris
● 30g Halia, dicincang
● 6 Bawang merah, dihiris nipis-nipis
● 10g Asam keping (Tamarind slices)
● 1 sudu teh Garam
● 1 sudu teh Serbuk ayam
● 1 susu teh Serbuk lada hitam
● 1 tsp Budu (Anchovy sauce)
Method:
-
Rebus ikan bersama kepingan asam jawa (asam keping), kemudian asingkan isi dari tulang dan siatkan isinya kecil-kecil.
-
Goreng kelapa sehingga berwarna keperangan dan wangi.
-
Gaul semua bahan dengan rata dan renjiskan dengan budu sebelum dihidangkan.
Solok Lada
Ingredients:
● 12 Cili Solok (Green chillies)
● 300g Ikan Selayang (Mackerel fish)
● 300g Kelapa parut
● 50g Bawang besar, dikisar
● 20g Halia, dikisar
● 4 Bawang merah, dikisar
● 1 sudu teh Serbuk lada hitam
● 1 sudu teh Garam
● 1 sudu teh Serbuk ayam
● 1 sudu teh Gula
● ½ tin Santan (Coconut milk)
Method:
-
Rebus ikan dan keluarkan isinya dari tulang.
-
Cincang halus-halus bawang besar, halia dan bawang merah, kemudian gaulkannya dengan kelapa parut dengan perasa supaya menjadi pes.
-
Belah cili dan sumbat dengan pes.
-
Tuang santan ke atas cili sumbat tersebut dan kukus selama 5 minit.