Pasukan 2 - Resipi Cabaran Lambassador | Istimewa Ramadan & Raya

Terokai pelbagai koleksi Resipi Pasukan Lambassador, yang mempamerkan hidangan inovatif yang dihasilkan oleh pasukan masakan terkemuka. Terdiri daripada cita rasa tradisonal Melayu hinggalah ciptaan gabungan yang modern, resipi ini menonjolkan kepelbagaian daging kambing dan lembu Australia. Sesuai untuk masakan di rumah dan profesional, temui cara unik untuk menyediakan dan menikmati daging merah premium.

 

 

Pasukan 2: Universiti Teknologi MARA (UiTM) T2
Ahli Pasukan: Nur Atikah Binti Azman & Ikmal Syafiq Bin Mohd Razaki
Mentor Chef: Chef Jason Manson, Lambassador

 

Kambing Australia Masak Singgang

Ingredients:

● 800g Flap Kambing Australia Sejuk

● 1 Bawang besar

● 3 ulas Bawang putih

● 1 Ubi kentang

● 1 Lobak merah

● 1 tangkai Saderi

● 1 inci Halia

● 1 inci Galangal

● 1 tangkai Ketumbar

● 3 sudu besar Air asam Jawa

● 1 sudu besar Serbuk ayam

● 2 sudu teh Garam

 1.5L Air 

Method:

  1. Dalam periuk besar, masukkan kambing dan air. Didihkan, kemudian kecilkan api dan reneh selama 15–20 minit, buang sebarang buih atau kotoran timbul.

  2. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan galangal. Biarkannya mendidih selama 10 minit lagi untuk membolehkan rasanya terseduh.

  3. Masukkan ubi kentang, lobak merah, saderi, air asam jawa, serbuk ayam, dan garam. Kacau rata-rata.

  4. Teruskan mereneh selama 30–45 minit, atau sehingga daging menjadi empuk dan sayur-sayuran masak.

  5. Rasa dan sesuaikan perasa sekiranya perlu. Hidangkan panas-panas.

Kuzi Kambing Australia

Ingredients:

● 1kg Flap Kambing Australia, dibuang tulang dan dipotong kiub

● 7 ulas Bawang putih

● 2 Bawang besar

● 3 sudu besar rempah biryani

● 125ml Air

● 120g Puri tomato

● ¾ cawan Susu sejat

● 2 batang Serai, diketuk

● 2 Daun pandan

Method:

  1. Perap kambing dengan 3 ulas bawang putih kisar dan secubit garam. Tutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.

  2. Gaul rempah biryani dengan air untuk dijadikan pes. Ketepikan.

  3. Panaskan minyak dalam periuk besar dengan api yang sederhana. Tumis bawang besar yang dihiris sehingga menjadi jernih, kemudian masukkan 4 ulas bawang putih yang ditumbuk. Masak selama 2 minit.

  4. Masukkan kambing yang telah diperap dan layur sehingga keperangan (5–7 minit).

  5. Masukkan pes rempah biryani, diikuti dengan air, susu sejat, dan puri tomato. Kacau rata-rata.

  6. Masukkan serai dan daun pandan. Masak sehingga mendidih, kemudian kecilkan api. Tutup peruk dan masak selama 1-1.5 jam, sehingga kambing menjadi empuk.

  7. Sesuaikan perasa sekiranya perlu. Keluarkan serai dan daun pandan sebelum dihidangkan.

Aussie Beef Kerabu (Kerabu Daging)

Ingredients:

● 300g Daging D-Rump (Bahagian Belakang) Sejuk, dihiris

● 3 Cili padi

● 2 tangkai Saderi, dicincang

● ½ cawan Lobak merah, diracik-racik

● 2 Limau kasturi, diperah airnya

● 1 batang Serai, dihiris halus-halus

● 1 sudu teh Gula

● Garam secukup rasa

Method:

  1. Layur hirisan daging lembu separuh masak dalam kuali panas. Biarkan sejuk, kemudian hiris nipis-nipis.

  2. Di dalam mangkuk, satukan cili api, gula dan secubit garam. Masukkan air perahan limau kasturi dan gaulkan untuk dijadikan sos.

  3. Di dalam mangkuk besar, gaulkan hirisan daging lembu, lobak merah, saderi, dan serai dengan sos.

  4. Rasa dan sesuaikan perasa sekiranya perlu. Hidangkan sejuk-sejuk, dihias dengan herba segar atau hirisan limau nipis.

 

Nasi Serai Aromatique

Ingredients:

● 4 cawan Beras Basmati

● 10 batang Serai, diketuk

● 3 Daun pandan, disimpul

● 1 Kulit kayu manis

● 3 Buah pelaga

● 4 Bunga cengkih

● 3 ulas Bawang putih, dikisar

● 2 Bawang besar, dihiris

● 1 inci Halia, dikisar

● 2 sudu besar Marjerin

● 1 sudu besar Serbuk ayam

● 1 sudu teh Garam

● 5 cawan Air

Method:

  1. Cairkan marjerin dalam periuk atau periuk nasi. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, dan serai. Kacau selama 1–2 minit.

  2. Masukan bawang putih, bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga wangi.

  3. Masukkan simpulan daun pandan. Kisar serai dan perah jusnya. Masukkan jus serai dan 3 cawan air ke dalam periuk.

  4. Masukkan beras, kacaukan agar setiap biji bersalut dengan bahan tumisan. Masukkan serbuk ayam dan garam. Gaul rata-rata.

  5. Jika anda menggunakan periuk nasi, masak mengikut tetapan biasa. Jika menggunakan dapur, masak sehingga mendidih, kemudian kecilkan api, tutup periuk dan reneh selama 15-20 minit.

  6. Setelah masak, buang rempah dan daun pandan. Gemburkan nasi sehingga menjadi gebu dan hidangkan panas-panas.

 

Daging Karamel Australia dengan Sambal Kicap Manis

Ingredients:

● 1kg Daging D-Rump (Bahagian Belakang) Australia Sejuk, dihiris

● 2 Bawang besar, dihiris

● 3 ulas Bawang putih, dikisar

● 1 inci Halia, dikisar

● 4 batang serai, diketuk

● 2 sudu besar Air asam Jawa

● 4 sudu besar Kicap Manis

● 3 sudu besar Pes cili merah

● 1 sudu teh Serbuk ayam

● 1 sudu teh Garam

● 1 sudu teh gula

● ½ cawan Minyak masak

● Herba segar (jika suka)

Method:

  1. Goreng daging dalam minyak sehingga keperangan dan garing. Ketepikan.

  2. Tambah lagi minyak sekiranya perlu. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai sehingga wangi.

  3. Gaulkan pes cili merah dan masak sehingga pecah minyak.

  4. Masukkan kicap manis dan air asam Jawa. Gaulkan rata-rata.

  5. Perasakan dengan serbuk ayam, garam dan gula untuk menyeimbangkan rasa.

  6. Masukkan kembali daging lembu goreng ke dalam kuali. Masukkan sos dan masak selama 5-10 minit dengan api yang kecil.

  7. Hidangkan panas-panas, dihias dengan herba segar jika suka.

Acar Jelatah

Ingredients:

● ½ cawan Buah nanas, dipotong dadu

● ½ cawan Timun, dihiris

● 1 Bawang merah, dihiris halus-halus

● 3 sudu besar Cuka makan

● 1 sudu teh Garam

● 1 sudu teh Gula

Method:

  1. Di dalam mangkuk, satukan buah nanas, timun dan bawang merah.

  2. Di dalam mangkuk berasingan, bancuhkan cuka makan, gula dan garam sehingga larut.

  3. Tuangkan larutan jeruk ke atas bahan-bahan tadi. Gaul dengan sekata.

  4. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit hingga 1 jam untuk menambahkan rasanya.

  5. Hidangkan sejuk sebagai hidangan sampingan.