Pasukan 3 - Resipi Cabaran Lambassador | Istimewa Ramadan & Raya

Terokai pelbagai koleksi Resipi Pasukan Lambassador, yang mempamerkan hidangan inovatif yang dihasilkan oleh pasukan masakan terkemuka. Terdiri daripada cita rasa tradisonal Melayu hinggalah ciptaan gabungan yang modern, resipi ini menonjolkan kepelbagaian daging kambing dan lembu Australia. Sesuai untuk masakan di rumah dan profesional, temui cara unik untuk menyediakan dan menikmati daging merah premium.

 

 

Pasukan 3: University of Wollongong, Malaysia
Ahli Pasukan: Leong Tze Jian & Caleb Chin Kai Zheng
Chef Mentor: Chef Eric Siew, Lambassador

 

Aussie Lamb Ribs Masak Minyak

Ingredients:

Kambing:

● 300g Flap Kambing Australia Sejuk

Pes Masak Minyak:

● 50g Bawang merah

● 10g Bawang putih

● 20g Halia

● 20g Kunyit

● 10g Lengkuas

● 25g Serai

● ½ sudu besar Pes cili

● 1 Asam gelugur (asam keping)

● 2 sudu besar Santan (kelapa)

● 2 keping/50g Briket kayu atau serpihan kayu

Method:

  1. Kisar bahan-bahan pes Masak Minyak sehingga menjadi pes.

  2. Potong flab kambing menjadi riblet, buang lebihan.

  3. Didihkan seperiuk air dan masukkan pes Masak Minyak.

  4. Celupkan riblet kambing ke dalam air brais dan brais selama 1 jam, atau masak dengan menggunakan periuk tekanan selama 30 minit.

  5. Panaskan periuk yang bertutup di atas api sederhana sehingga panas.

  6. Ratakan serpihan kayu atau briket di bahagian dasar periuk panas, tutup periuk sehingga ia mula mengeluarkan asap.

  7. Letakkan riblet kambing di atas rak dalam periuk, tutup dan salai selama 5–6 minit.

  8. Siapkan air brais dengan memasukkan santan dan kunyit, biarkannya menjadi pekat.

  9. Hidangkan rusuk kambing yang dibrais dan di salai dengan sos Masak Minyak.

 

Kerutuk Kebabs with Aussie Beef

Ingredients:

Beef:

● 250g Daging Striploin Australia Sejuk (atau D-Rump)

Kerutuk Paste:

● 10g Halia

● 150g Bawang besar

● 10g Halia

● ½ susu besar Asam Jawa

● 1 sudu teh serbuk Ketumbar

● 1 sudu teh Serbuk jintan manis

● 1 sudu teh Serbuk jintan putih

● 10 Biji lada hitam

● 2 sudu besar Santan (coconut milk)

● 1 sudu besar Kerisik (toasted coconut)

● 1 sudu teh Sambal Pecel

● 4 Lidi kayu

● Arang atau brisket arang (mengikut keperluan)

Method:

  1. Buang lapisan atas lemak dari daging. Potong daging menjadi ketulan sederhana dan hiris lemak menjadi kepingan nipis.

  2. Cucuk ketulan daging dan hirisan lemak secara brselang-seli.

  3. Kisar bahan-bahan pes Kerutuk menjadi pes yang halus.

  4. (Jika suka) Keringkan separuh dari pes Kerutuk dan kisar menjadi serbuk.

  5. Perap kebab dengan serbuk Kerutuk atau rempah Kerutuk pracampur, garam dan gula perang.

  6. Bakar kebab di atas api arang, pusingkan sekali-sekala, dan sapukan minyak untuk mengelakkan kebab menjadi kering.

  7. Tumiskan baki sos Kerutuk dalam minyak sehingga wangi dan pecah minyak. Masukkan santan, kerisik dan sambal pecel.

  8. Hidangkan kebab di atas talam dengan sos.

 

Nasi Hujan Panas

Ingredients:

● 2 cawan Beras Basmati

● 2 sudu besar Minyak sapi

● 1 bahagian rempah 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 bunga cengkih, 4 buah pelaga)

● 1 inci halia

● 3 ulas Bawang putih

● 3 Bawang merah, ulas kecil

● 2 Daun pandan, disimpulkan

● 2 cawan Air

● 2 can Susu sejat / Susu penuh krim

● Pewarna makanan (merah, hijau, kuning)

● Garam (mengikut keperluan)

● Perencah stok ayam (mengikut keperluan)

● ¼ cawan Kismis

● ¼ cawan Kacang gajus

Method:

  1. Basuh nasi sehingga airnya jernih.

  2. Tumis rempah, bawang putih, dan bawang merah dalam minyak sapi. Masukkan susu dan air, kemudian perasakannya secukup rasa.

  3. Pindahkan air rebusan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibasuh.

  4. Jika menggunakan ketuhar gabungan, kukus pada suhu 100°C dengan kelembapan 100% selama 45 minit.

  5. Setelah nasi masak, gemburkan sehingga menjadi gebu dan campurkan pewarna makanan setitik demi setitik.

  6. Tumiskan kismis dan kacang gajus dalam minyak sapi sehingga wangi.

  7. Taburkan kismis dan kacang gajus yang telah disangai ke atas nasi sebelum dihidangkan.

Kerabu Jantung Pisang

Ingredients:

● 250g Jantung Pisang

● 3 pcs Asam Keping (tamarind slices)

● 60g Kacang Botol

● 7g Bunga Kantan (Bunga Kantan)

● 50g Bawang besar kuning

● 10g Serai

● 1 ½ sudu teh Air perahan limau nipis

● Garam (mengikut keperluan)

● Gula (mengikut keperluan)

● 25g Sambal Belacan

● 1 cili, dihiris

● 1 sudu teh Kelapa Kering

● Daun ketumbar (untuk hiasan)

● Bawang Goreng (untuk hiasan)

Method:

  1. Rebus jantung pisang dalam air bersama asam keping selama kira-kira 40 minit sehingga empuk.

  2. Racik bunga kantan, bawang, dan jantung pisang yang telah disejukkan. Hiris serai, kacang botol, dan cili.

  3. Gaul semua bahan dengan sambal belacan, kelapa kering, and air perahan limau nipis. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

  4. Hiaskan dengan bawang merah goreng dan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

 

Sambal Berlado

Ingredients:

● 5 Cili besar

● 5 Cili padi

● 5 Bawang merah

● ¼ Tomato

● 1 sudu teh Gula

● Garam (mengikut keperluan)

Method:

  1. Kisar atau cincang kasar-kasar cili dan bawang merah.

  2. Tumisn cili dalam minyak sehingga gelembung hilang.

  3. Kupas dan dadu kasar tomato (buang kulit dan biji, dadu dengan sama rata).

  4. Masukkan tomato yang dipotong dadu ke dalam kuali dan tumis sehingga gelembung hilang.

  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.