Pasukan 4 - Resipi Cabaran Lambassador | Istimewa Ramadan & Raya
Terokai pelbagai koleksi Resipi Pasukan Lambassador, yang mempamerkan hidangan inovatif yang dihasilkan oleh pasukan masakan terkemuka. Terdiri daripada cita rasa tradisonal Melayu hinggalah ciptaan gabungan yang modern, resipi ini menonjolkan kepelbagaian daging kambing dan lembu Australia. Sesuai untuk masakan di rumah dan profesional, temui cara unik untuk menyediakan dan menikmati daging merah premium
Pasukan 4: Rich Talents International College
Ahli Pasukan: Nur Annatasya Saffiya Binti Azizul & Nurul Nusratina Binti Zulkifli
Mentor Chef: Chef Mohd Ridzwan, Lambassador
Kaki Kambing Panggang dihidang dengan Kentang Lecek, Daun Kari, Sambal Kicap Strawberi & Sayur Tumis
Ingredients:
● 2.7kg Kaki Kambing Australia Sejuk, dengan tulang
● 5 helai Daun rosemary
● 125ml Minyak zaitun
● 800g Ubi kentang
● 250ml Susu
● 10 helai Daun kari
● 1 sudu besar Serbuk kari
● 250ml Kicap
● 7 tangkai Cili Marah
● 4 ulas Bawang putih
● 50g Strawberi
● 120g Lobak merah kecil
● 120g Brokoli
● 80g Cendawan
● Mentega (mengikut keperluan)
● Garam dan lada hitam (secukup rasa)
Method:
-
Perap kaki kambing dengan minyak zaitun, daun rosemary, garam dan lada hitam.
-
Panggang kaki kambing dalam ketuhar gabungan pada suhu 220°C selama 30–40 minit.
-
Rebus ubi kentang bersama susu dan daun kari. Lenyekkan ubi kentang, kemudian campurkan dengan daun kari yang dicincang dan sedikit susu. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
-
Kisar kicap, cili merah, bawang putih dan strawberi. Perasakan dengan garam dan gula.
-
Rebus lobak merah kecil, cendawan dan brokoli. Sejatkan air dan tumis bersama bawang putih cincang dan mentega. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
-
Hidangkan kaki kambing panggang bersama kentang lenyek, sambal kicap strawberi dan sayur tumis.
Botok Daging Klasik dalam Pastri Puff
Ingredients:
Inti Daging:
● 800g Daging Australia Sejuk (Rump Cap)
● 200g Bawang besar
● 10g Halia
● 4 batang Serai
● 4 sudu besar Serbuk cili
● 20g Kunyit
● 5 ulas Bawang putih
● 250ml Santan
● 2 Limau nipis, diperah airnya
● 30g Kerisik (Kelapa parut bakar)
● 80g Gula kabung
● 6 tangkai Cili merah
● Garam (mengikut keperluan)
Pastri Lapis:
● 1 gulung Pastri lapis
Ulam (Salad Melayu Tradisional):
Ingredients:
● 20g Ulam Raja
● 10g Daun Kaduk
● 20g Pucuk Gajus
● 20g Daun Kesum
Method:
-
Potong daging lembu kepada potongan kecil dan rebus sehingga empuk dan masak sepenuhnya.
-
Kisar bawang besar, halia, serai, kunyit, bawang putih, serbuk cili dan cili merah menjadi pes.
-
Goreng kilas pes sehingga pecah minyak.
-
Masukkan kerisik, gula kabung, air perahan limau nipis dan santan. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
-
Cincang halus bahan-bahan ulam dan gaulkan dengan pes yang telah disediakan. Satukan dengan inti daging yang telah dimasak.
-
Letakkan campuran daging di tengah-tengah pastri lapis, kemudian gulungkannya dengan kemas.
-
Bakar pada suhu 200°C selama 20 minit atau sehingga perang keemasan.
-
Hidangkan panas-panas.