Pasukan 6 - Resipi Cabaran Lambassador | Istimewa Ramadan & Raya

Terokai pelbagai koleksi Resipi Pasukan Lambassador, yang mempamerkan hidangan inovatif yang dihasilkan oleh pasukan masakan terkemuka. Terdiri daripada cita rasa tradisonal Melayu hinggalah ciptaan gabungan yang modern, resipi ini menonjolkan kepelbagaian daging kambing dan lembu Australia. Sesuai untuk masakan di rumah dan profesional, temui cara unik untuk menyediakan dan menikmati daging merah premium.

 

 

Pasukan 6: Kolej Komuniti Cenderoh
Ahli Pasukan: Muhammad Fikri Bin Kamaruzaman & Muhammad Nazhan Bin Noor Hisham
Mentor Chef: Chef Ashikhin, Lambassador


Stroganoff Kambing Australia Ala Asia & Gabungan Buttermilk dan Dendeng Daging Australia

Stroganoff Kambing Australia Ala Asia

Ingredients:

Kambing:

● 600g Kepingan Kutlet Kambing Australia Sejuk

Bahan Kisaran (Dijadikan Pes):

● 200g Tomato

● 20g Bawang putih

● 20g Daun Ketumbar

● 20g Cili kering

● 30g Bawang besar

Bahan Lain:

● 20g Serbuk kurma

● 200ml Santan

● 100g Mentega

● 100g Yogurt

Sayur-sayuran:

100g Lobak merah kecil, direbus

● 100g Ubi kentang, direbus

● 20g Daun ketumbar, dicincang

Hiasan:

● 30g Tempura bendi goreng

● 5g Cili merah

Perasa:

● 5g Lada hitam

10g Garam

● 5g Gula

Method:

  1. Panaskan mentega atau minyak dalam periuk besar, masukkan bahan kisaran, dan tumis hingga naik minyak.

  2. Masukkan kambing dan masak sehingga empuk.

  3. Tuangkan santan, serbuk kurma dan yogurt. Kacau rata-rata dan perasakan secukup rasa.

  4. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan sayur-sayuran.

  5. Dihidangkan bersama Eid Nasi Minyak.

 

Gabungan Buttermilk & Dendeng Daging Australia

Buttermilk Daging Australia

Ingredients:

● 400g Daging Australia Sejuk (Striploin atau Blade, dihiris)

● 100ml Santan

● 200g Mentega

● 20g Bawang putih yang dicincang

● 20g Cili padi yang dihiris

● 5g Daun kari

● 20g Keju Cheddar

Bancuhan Salutan Daging:

● 200g Tepung jagung/Tepung Tempura

● 150ml Air

Garnishing:

● 5g Daun ketumbar

● 5g Cili merah

Seasoning:

● 5g Lada hitam

● 2g Garam

Method:

  1. Perap dan salutkan daging dengan tepung.

  2. Panaskan minyak dalam kuali di atas api yang sederhana. Goreng kepingan daging lembu bersalut dengan satu lapisan tepung sehingga garing dan keemasan, selama kira-kira 3 minit. Toskan di atas tuala kertas.

  3. Di dalam kuali, cairkan mentega dengan minyak. Setelah berbuih, masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari.

  4. Setelah wangi, tuangkan santan dan perisakan secukup rasa.

  5. Masukkan semula daging lembu yang garing ke dalam kuali dan adunkan sehingga sebati. Kacau dengan berterusan sehingga sebati.

 

Dendeng Daging Australia

Ingredients:

● 400g Daging Australia Sejuk, dihiris

Bahan Kisar:

● 20g Bawang putih

● 20g Cili padi

● 50g Cili kering

● 30ml Kicap manis

● 30g Halia

Other Ingredients:

● 100g Bawang goreng

● 30g Kulit kayu manis

Garnishing:

● 5g Daun ketumbar

● 5g Cili merah

Seasoning:

● 10g Gula

● 2g Garam

● 5g Pes asam Jawa

Method:

  1. Panaskan minyak dalam kuali di atas api sederhana. Tumis bahan kisaran sehingga naik minyak. Ketepikan.

  2. Di dalam periuk lain, rebus daging selama 15 minit, kemudian toskan dan biarkan sejuk. Simpan air rebusan daging.

  3. Perap daging dengan kicap manis.

  4. Panaskan minyak dan goreng daging selama beberapa minit sehingga kekuningan. Ketepikan.

  5. Satukan daging lembu yang telah digoreng dengan bahan tumis yang dikisar. Perasakan dengan secukup rasa.

 

Eid Nasi Minyak dengan Kacang Gajus

Ingredients:

● 500g Beras Basmati

Bahan Kisar:

● 30g Bawang besar

● 100g Tomato ceri

 100g Cili hijau

● 20g Daun ketumbar

● 30g Kismis

● 10g Bawang putih

● 10g Halia

● 10g Gula perang

Bahan Tambahan:

● 150g Mentega tanpa garam

● 50g Minyak zaitun

● 10g Garam

 200g Kacang gajus

● 10g Kulit kayu manis

● 50g Bawang goreng

● 2g Daun salam

● 2g Safron (direndam dalam air)

Method:

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisaran bersama kayu manis dan daun salam sehingga wangi. Perasakan dengan secukup rasa.

  2. Di dalam periuk lain, rebus beras bersama garam dan daun salam sehingga separuh masak. Toskan sehingga sejat airnya.

  3. Di dalam periuk nasi, cairkan mentega dan minyak zaitun. Lapiskan nasi, kacang gajus, dan bahan tumis. Ulangi proses ini sebanyak dua kali.

  4. Masak nasi seperti biasa. Apabila hampir kering airnya, taburkan safron dan masukkan bawang merah goreng.

 

Salsa Mangga, Timun dan Tomato

Ingredients:

● 150g Mangga dipotong dadu

● 150g Tomato ceri, dibelah dua

● 150g Timun Jepun dipotong dadu

● 50ml Minyak zaitun

● 5g Garam

● 5g Daun ketumbar dicincang

● 15ml Air perahan lemon

Method:

  1. Di dalam mangkuk, satukan semua bahan.

  2. Perasakan dengan secukup rasa dan gaul rata-rata.

  3. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk dihidangkan.