AUSSIE BEEF & LAMB VIDEOS
Anda boleh menerangkan tentang Aussie Beef & Lamb dengan begitu banyak perkataan…tulen, semangat yang berkobar-kobar, boleh dipercayai. Tetapi nama kami saja sudah mencukupi. Aussie Beef & Lamb? Benar-benar Australia. Dengan ruang yang terbuka luas, padang rumput yang subur dan dilindungi - Australia adalah tempat yang ideal untuk menghasilkan daging merah terbaik di dunia. Dikawal pada standard tertinggi, daging merah Australia tidak mampu dikalahkan keselamatan dan kualitinya - anda pasti mendapat kenikmatan sejati dalam setiap kunyahan. Dari pantai kami hingga ke lebih daripada 100 buah negara, Aussie Beef & Lamb adalah tentang berkongsi daging merah berkualiti terbaik dengan dunia. Keluaran kami dihasilkan daripada peladang tempatan yang belajar menerusi generasi mereka, diproses oleh yang terbaik dan dipindahkan pula kepada pembekal yang dipercayai. Kini seluruh dunia dapat merasai keluaran daging merah yang menakjubkan ini. Makanan kami, meja anda, Benar-benar Australia.
Neutral Karbon 2030
Industri daging merah dan ternakan Australian telah menetapkan sasaran tinggi untuk menjadi Neutral Karbon menjelang tahun 2030 (CN30). Apa yang dimaksudkan dengan CN30? Menjelang tahun 2030, pengeluaran daging lembu, biri-biri dan kambing, termasuk penyembelihan dan pemprosesan daging, tidak akan melepaskan sebarang pelepasan gas rumah hijau (GHG) ke atmosfera. Industri daging merah dan ternakan mengambil langkah awal secara proaktif dengan matlamat mengekalkan atau meningkatkan produktiviti jangka masa panjang serta jumlah ternakan sambil berusaha untuk mencapai pelepasan bersih sifar.