GAMBARAN KESELURUHAN TENTANG FIDLOT, PEMPROSESAN DAN PENAMBAHAN NILAI

Industri daging merah Australia telah lebih daripada 200 tahun dibangunkan. Asas yang diltanamkan sejak lama dahulu telah membantu kami berkembang menjadi entiti yang dinamik dan progresif seperti yang ada sekarang. Integriti gabungan petani dan pemproses kami, berserta dengan kelebihan persekitaran yang tidak tercemar, telah mengukuhkan reputasi Australia dalam menghasilkan daging lembu, biri-biri dan kambing yang berkualiti tinggi. Daging merah Australia sememangnya merupakan hasil persekitarannya.

FIDLOT AUSTRALIA

FIDLOT AUSTRALIA

Di Australia, lembu yang diberi makan bijian menghabiskan 85-90% hidup mereka di padang rumput ternak dan kira-kira 2-3% daripada lembu Australia ditempatkan di fidlot pada satu-satu masa. Fidlot lembu ialah satu fasiliti yang diuruskan di mana ternakan diberikan diet berkhasiat dan seimbang bertujuan untuk menghasilkan daging lembu yang konsisten dari segi kualiti dan kuantiti. Lembu yang diberi makan bijian menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di padang rumput ternak sebelum dihantar ke fidlot untuk 'penamatan' bagi mencapai keperluan berat pasaran tertentu. Jumlah masa yang dihabiskan oleh lembu di fidlot bergantung kepada kehendak pelanggan. Terdapat kira-kira 450 fidlot yang diiktiraf di seluruh Australia dengan majoritinya terletak di kawasan-kawasan berhampiran dengan bekalan lembu dan bijian. Untuk maklumat lanjut tentang industri fidlot di Australia, layari www.feedlots.com.au

PEMPROSESAN

PEMPROSESAN

Fasiliti pemprosesan Australia beroperasi di bawah undang-undang Kerajaan Persekutuan yang ketat. Layanan berperikemanusiaan terhadap lembu dan kambing semasa melalui proses penyembelihan di rumah sembelih paling diutamakan, sama seperti tumpuan yang diberikan kepada pengekalan kualiti dan keselamatan di sepanjang proses.

Sektor pemprosesan daging Australia merupakan peneraju dunia dalam penyiangan dan pemotongan daging lembu dan kambing. Rumah sembelih Australia menggunakan teknologi terkini untuk memastikan peningkatan berterusan dalam kecekapan pengeluaran tanpa mengabaikan tahap keselamatan daging yang tinggi.

Walaupun kilang berbeza-beza dari segi reka bentuknya (bergantung kepada kepelbagaian pasaran di tempat masing-masing serta jenis yang mereka proses), setiap satunya menggunakan teknologi paling canggih untuk memastikan kecekapan, keselamatan dan kebolehpercayaan.

PENAMBAHAN NILAI

PENAMBAHAN NILAI

Industri daging merah Australia difokuskan kepada menambah nilai untuk pelanggannya di seluruh rantaian bekalan, walaupun agak sukar untuk mengetahui di mana pemprosesan berakhir dan penambahan nilai bermula. Untuk Australia, penambahan nilai bermula apabila perubahan ketara dibuat kepada sifat asas daging merah. Penambahan nilai boleh dilakukan dalam beberapa bentuk, termasuk:

  • Menyediakan produk sedia dijual seperti filet mignon, daging kiub, sosej, patti, kebab dan lain-lain
  • Menambahkan ramuan kepada daging mentah seperti serbuk roti (schnitzel), sayur-sayuran (goreng kilas), bahan perasa atau rempah-ratus
  • Memproses daging mentah menjadi produk yang lebih kecil (contohnya. konbif sebelah putih, pastrami)
  • Menyediakan hidangan sejuk beku siap untuk ketuhar (contohnya. terutamanya untuk dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro)
  • Memasak produk dahulu sebelum dijual (contohnya. panggangan pramasak, hidangan panaskan dan makan)
  • Pembungkusan daging untuk tempoh simpan yang lebih lama (contohnya. pembungkusan udara diubah suai)

Pada dasarnya, penambahan nilai adalah tentang memberikan sesuatu yang istimewa kepada para pelanggan kami. Daging lembu dan biri-biri Australia yang ditambah nilai menjadi tambahan terbaik kepada apa-apa menu atau masakan.

 

Dapatkan lebih banyak maklumat

KETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PROTEIN