GAMBARAN KESELURUHAN TENTANG JAMINAN KUALITI
Mereka yang menggemari daging lembu, daging biri-biri dan daging kambing Australia percaya bahawa ia selamat, dihasilkan secara beretika dan mempunyai kualiti yang tinggi. Kepercayaan inilah yang membolehkan pengeluar ternakan Australia bertahan dengan apa yang mereka jual. Mengekalkan kepercayaan pada daging merah Australia bukan sesuatu yang dipandang ringan. Satu sistem langkah keselamatan makanan, jaminan kualiti dan kebolehkesanan dari padok hinggalah ke pinggan memberi jaminan kepada integriti industri daging merah Australia yang bernilai $22.9 bilion.
PROGRAM JAMINAN KUALITI
Status kesihatan haiwan Australia boleh dikatakan sebagai salah satu yang tertinggi di dunia. Kami telah mengambil peranan kepimpinan global dengan menggubal undang-undang untuk mentadbir peraturan meragut dan memberi makan haiwan kami, dan juga telah melaksanakan program pengawasan penyakit selaras dengan piawaian antarabangsa bagi mengesahkan undang-undang kami. Kerajaan Australia dan industri daging merah terus mengawasi hal ini dengan pelbagai program yang direka untuk mengekalkan kedudukan unggul kami berkenaan kesihatan haiwan. Tiga unsur sistem integriti daging merah yang dimiliki oleh industri adalah:
Sistem Pengenalan Ternakan Kebangsaan (NLIS)
Program Jaminan Pengeluaran Ternakan (LPA)
Perisytiharan Vendor Kebangsaan (LPA NVD)
Sistem ini dilengkapi dengan inisiatif keselamatan makanan di luar ladang, yang bersama-sama membina budaya tanggungjawab bersama dalam kalangan semua pemilik ternakan Australia: yang mengiktiraf dan memegang teguh peranan dan reputasi mereka sebagai pembekal makanan yang selamat, dihasilkan secara beretika dan berkualiti tinggi.
NLIS (National Livestock Identification System)
Sistem Pengenalan Ternakan Kebangsaan (NLIS) adalah sistem Australia bagi mengenal pasti dan mengesan lembu untuk biosekuriti, keselamatan makanan, integriti produk dan akses ke pasaran. NLIS adalah berdasarkan tag elektronik 'sepanjang hayat' yang dipasangkan kepada setiap lembu. Ia menggunakan teknologi frekuensi radio dan membolehkan setiap satu transaksi direkodkan dan dihantar secara elektronik oleh pengeluar atau pemproses. Maklumat ini dipindahkan ke pangkalan data pusat, membolehkan pengesanan lembu dari ladang hingga ke tempat penyembelihan dapat dilakukan dengan cepat dan cekap—satu ciri yang membezakan NLIS daripada sistem pengesanan lain di seluruh dunia.
LPA (Livestock Product Assurance)
Di samping itu, program Jaminan Pengeluaran Ternakan (LPA) direka untuk mengesahkan standard keselamatan makanan dan jaminan kualiti. Pengeluar akan diaudit secara rawak untuk memastikan mereka mematuhi standard keselamatan makanan LPA.
NFAS (National Feedlot Accreditation Scheme)
Skim Akreditasi Fidlot Kebangsaan (NFAS) adalah sistem integriti QA mandatori bagi fidlot Australia yang menghasilkan daging lembu yang diberi makan bijian untuk pasaran domestik Australia dan semua pasaran eksport. Di bawah NFAS, pergerakan lembu dari ladang ke fidlot perlu direkodkan dalam pangkalan data NLIS. Di samping itu, kawalan kesihatan dan pengeluaran lembu yang diberi makan bijian dijalankan menerusi pemeriksaan keselamatan makanan dan air, peraturan yang ketat terhadap rawatan veterinar dan pemeriksaan jika terdapat racun perosak atau kesan-kesan logam.
APA ITU STANDARD DAGING AUSTRALIA (MSA)?
Mendapatkan bekalan yang konsisten dan berkualiti tinggi boleh menjadi satu cabaran. MSA ialah satu sistem penggredan daging yang bebas yang direka untuk membantu anda memilih daging lembu dan biri-biri berkualiti. Sistem MSA dibangunkan oleh 100,000 pelanggan yang telah merasa dan memberi taraf kepada 700,000 sampel daging lembu dan biri-biri. Mereka telah membantu kami mengenal pasti faktor-faktor utama dari ladang hinggalah ia dihidangkan bagi memberikan potongan yang lembut dan berperisa setiap masa. Program MSA memberikan anda kualiti yang boleh dipercayai apabila anda membeli dan memasak daging lembu dan biri-biri Australia. Pastikan terdapat simbol MSA pada potongan daging lembu dan biri-biri anda agar anda sentiasa dapat menikmati daging yang lembut, berjus dan lazat.
APA YANG MEMBUATKAN MSA BERBEZA?
MSA telah dibangunkan daripada perspektif cita rasa pengguna. Kami bermula dengan apa yang digemari pelanggan ketika makan daging merah dan bekerja keras untuk menentukan ciri-ciri apakah yang menyumbang kepada keutamaan mereka. Selepas lebih daripada 100,000 ujian cita rasa pengguna dijalankan, kami telah menemui faktor unik yang menyumbang kepada pemakanan berkualiti.
Ternyata terdapat sekurang-kurangnya 16 faktor yang berbeza yang memainkan peranan, termasuk baka, penggunaan hormon pembesaran (HGP), pH, umur dan tentu sekali, kemarmaran, walaupun ia hanya menyumbang kepada kira-kira 20% skor pemakanan berkualiti. Setiap faktor memberi kesan kepada kelembutan, jus, perisa dan kesukaan keseluruhan. Setiap orang dalam rantaian bekalan boleh berusaha untuk mendapatkan hasil yang lebih baik pada setiap peringkat, dari padok hinggalah dihidangkan di pinggan. Gred MSA adalah spesifik bagi setiap potongan, bukannya satu gred untuk keseluruhan karkas. Setiap potongan utama diberikan grednya sendiri berdasarkan potongan dan kaedah memasak yang dirancang.
BAGAIMANA INI DAPAT MEMBANTU PENGIMPORT?
Akhirnya, hanya satu perkara saja lagi untuk difikirkan. Mengatasi satu lagi isu dan membolehkan pengendali perkhidmatan makanan menghidangkan daging lembu makan rumput dengan yakin, akan dapat membantu mereka. Apabila mereka membeli potongan daging lembu Australia yang diberi makan rumput dengan gred pemakanan berkualiti, mereka tahu potongan ini akan dimakan mengikut kualiti yang dipilih. Kajian menunjukkan bahawa MSA merupakan penggred yang lebih tepat bagi pemakanan berkualiti berbanding sistem lama seperti model 'prime'/'select'/'choice' oleh USDA.
Untuk maklumat lanjut tentang MSA, klik di sini.