TENTANG DAGING KAMBING AUSTRALIA

Walaupun Australia adalah pengeluar yang agak kecil, kami merupakan pengeksport daging kambing terbesar di dunia. Daging kambing adalah salah satu daging yang paling banyak dimakan di dunia. Legasinya sebagai sebahagian daripada diet di seluruh negara dan budaya yang berbeza telah bermula sejak ribuan tahun lamanya.

DAGING KAMBING

Permintaan terhadap daging kambing semakin meningkat apabila pengguna tradisi berhijrah ke bahagian-bahagian baru dunia dan pengguna bukan tradisi pula menukar tabiat makan mereka di mana semakin ramai yang mencari daging kambing yang mudah dibeli. Terdapat banyak sebab mengapa daging kambing menjadi salah satu daripada protein pilihan untuk kebanyakan keluarga; Daging kambing adalah rendah lemak dan dianggap sebagai alternatif yang sihat oleh ramai pengguna. Ia juga merupakan satu-satunya daging di dunia dengan larangan keagamaan yang minimum. Tambahan pula, daging kambing adalah sumber protein, besi, zink, dan vitamin B12 yang baik.

MEMASAK DAGING KAMBING AUSTRALIA

MEMASAK DAGING KAMBING AUSTRALIA

Daging kambing mungkin kedengaran eksotik, tetapi sebenarnya ia boleh dimasak sama seperti daging biri-biri. Daging kambing dan daging biri-biri tidak terlalu banyak berbeza — contohnya, bahagian kaki dan potongan kaki, sirloin, loin, rak, bahu dan daging potongan dadu sama seperti daging biri-biri. Daging kambing ternak mudah dimasak dan lembut, berjus dan perisanya tidak begitu kuat. Ia boleh disediakan dengan cara menggril, rotisserie, memanggang, membakar, saute, menggoreng tohor, menumis-reneh dan penstewan bergantung kepada potongan daging.

Walaupun daging kambing adalah daging yang paling banyak dimakan di seluruh dunia, di kebanyakan negara anda masih perlu mencari pasaraya ataupun peruncit khas yang menjualnya. Kedai-kedai etnik atau penjual daging yang pakar mungkin ada menyimpan stok dikedainya atau mereka mungkin boleh memesankan sedikit untuk anda.

PANDUAN PRODUK

PANDUAN PRODUK

Panduan produk daging kambing ini dikeluarkan untuk pembeli daging runcit, penjual daging, pengusaha restoran dan chef yang ingin mengetahui lebih lagi tentang pemesanan dan penggunaan daging kambing Australia bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka. Panduan ini memberikan maklumat tentang bagaimana kambing Australia diternak, keselamatan, kebolehkesanan, kelestarian, potongan, pembungkusan, pesanan dan lain-lain maklumat berguna.

MUAT TURUN DI SINI

Dapatkan lebih banyak maklumat

KETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PENGELUARAN