BERJAYA DENGAN DAGING MERAH AUSTRALIA
Matlamat kami adalah untuk membantu para profesional makanan di seluruh sektor perkhidmatan makanan mencapai kejayaan dengan daging lembu dan biri-biri Australia. Ia bermula dengan mendidik chef-chef dan komuniti makanan secara umum mengenai amalan pengeluaran unik Australia dan bagaimana amalan perladangan kami telah menempatkan kami ke dalam rantaian bekalan protein global yang dinamik. Kami juga terlibat secara langsung dengan sokongan masak-memasak melalui pembangunan produk dan pembentukan idea menu. Apabila daging Australia dimasukkan dalam menu atau peti daging, kami bersedia dengan sokongan pemasaran tersuai daripada sumber hingga ke pengaktifan kreatif sepenuhnya. Sejak sekian lama, media sosial dan jangkauan pengguna kami membantu menjadikan daging lembu dan biri-biri Australia yang diberi makan rumput sesuatu yang diidamkan pengguna.
DAGING LEMBU AUSTRALIA - SEDIA UNTUK PERKHIDMATAN MAKANAN
Sebagai pengeksport utama daging lembu di seluruh dunia, kami mempunyai skala dan bekalan yang konsisten untuk memenuhi tuntutan pasaran perkhidmatan makanan. Pengeksport menawarkan pelbagai potongan utama dengan nilai tambah, dipotong dan dibungkus untuk memenuhi spesifikasi anda. Semua potongan boleh didapati dalam bentuk mesra pengguna bagi menjimatkan masa dan wang dan boleh didapati sepanjang tahun dengan bekalan yang konsisten serta boleh skala.
Daging lembu Australia adalah:
- Penuaan yang sempurna; masa yang diambil semasa transit sebenarnya mempunyai kebaikan kepada kelembutan daging lembu Australia kerana penuaan basah berlaku dalam perjalanannya dihantar kepada anda
- Berkesan kos; dipotong mengikut spesifikasi untuk hasil maksimum dan pembaziran minimum. Keunggulan tempoh simpan daging lembu Australia juga turut membantu.
- Boleh dikesan hingga bermula dari ladang, terima kasih kepada sistem kualiti bertaraf dunia termasuklah pengenalan ternakan yang paling terkini.
- Tersedia dalam pelbagai jenis produk untuk memenuhi setiap cita rasa dan jenis operasi, daripada yang makan rumput hingga yang makan bijian, daripada Wagyu hingga Angus – sebutkan saja apa yang anda mahu.
DAGING BIRI-BIRI AUSTRALIA - SEDIA UNTUK PERKHIDMATAN MAKANAN
Daging biri-biri Australia memenuhi cita rasa setiap pengunjung restoran masa kini. Biri-biri kami meragut di padang rumput dan padang rumput ternak Australia yang murni dan semula jadi lalu menghasilkan daging yang lazat dan tidak berperisa kuat, tanpa lemak dan lembut serta bebas daripada bahan tambahan tiruan dan hormon. Ini hanyalah antara beberapa sebab anda – dan tetamu anda – akan menggemari daging biri-biri Australia yang diternak secara semula jadi. Dengan sedikit tulang atau tanpa tulang, serta lemak dan sisa yang dipotong dengan baik, terdapat juga kelebihan ekonomi. Sama seperti daging lembu, semua potongan boleh didapati dalam bentuk mesra pengguna bagi menjimatkan masa dan wang, dan boleh didapati sepanjang tahun dengan bekalan yang konsisten dan boleh skala.
Daging biri-biri Australia adalah:
- Tanpa lemak dan rendah kolesterol berbanding dengan protein haiwan lain. Sebenarnya, separuh daripada lemak pada daging biri-biri adalah monotaktepu, jenis asid lemak sama yang didapati dalam minyak zaitun
- Berkesan kos; dipotong mengikut spesifikasi untuk hasil maksimum dan pembaziran minimum. Keunggulan tempoh simpan daging biri-biri Australia juga turut membantu.
- Boleh dikesan hingga balik semula ke ladang, terima kasih kepada sistem kualiti bertaraf dunia termasuk pengenalan ternakan yang paling terkini.
- Secara semula jadi tidak terlalu kuat perisanya kerana mereka diternak di padang rumput ternak yang bakanya telah dipilih dengan teliti, lebih muda dan tidak berlemak tanpa mengurangkan saiz otot matanya.
- Tersedia dengan gred pemakanan berkualiti melalui MSA bagi memastikan kualiti yang konsisten yang boleh diharapkan oleh pengusaha perkhidmatan makanan.