DAGING AUSTRALIA JUALAN RUNCIT

Oleh kerana populariti daging lembu dan biri-biri Australia terus berkembang, kami bersedia untuk memenuhi permintaan dengan pelbagai potongan dan barisan produk, semuanya diternak dan diproses mengikut beberapa standard paling ketat di dunia. Meat & Livestock Australia (MLA) secara aktif berganding dengan penjual runcit untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai daging lembu dan biri-biri Australia dalam pasaran hari ini. Daripada membantu anda berhubung dengan rakan kongsi pembekal yang betul, hinggalah ke amalan terbaik dalam latihan perdagangan dan penyediaan daging, kami di sini bersedia membantu.

GAMBARAN KESELURUHAN PROGRAM JUALAN RUNCIT

GAMBARAN KESELURUHAN PROGRAM JUALAN RUNCIT

Australia telah mengeksport daging lebih dari satu abad dan kini berkhidmat kepada pelanggan di lebih daripada 120 buah negara di seluruh dunia. Jumlah yang ditumpukan untuk industri daging merah Australia adalah untuk eksport, yang bermaksud sistem kami telah dibina atas tuntutan standard untuk keselamatan, kualiti dan kebolehpercayaan pengguna global.

Disebabkan sektor jualan runcit mempunyai pengaruh yang kuat terhadap keputusan hidangan pengguna, matlamat kami adalah untuk menggalakkan dan menyokong evolusi penjualan runcit dan perdagangan daging merah untuk membantu perniagaan runcit tempatan berkembang. Program jualan runcit kami bertujuan meningkatkan standard dalam bidang seperti keselamatan makanan, peragaan, kualiti dan tempoh simpan, perkhidmatan pelanggan dan latihan & pengetahuan kakitangan.

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat tentang apa yang boleh kami bantu.

INGIN MENJALANKAN PROMOSI DI KEDAI ANDA?

INGIN MENJALANKAN PROMOSI DI KEDAI ANDA?

Untuk membina permintaan kepada daging lembu dan kambing Australia, MLA boleh mencadangkan program yang bersesuaian untuk mendidik rakan jualan runcit kami dan berganding bahu dengan para pengimport-pembekal. Jika anda ingin melabur dan memanfaatkan selera makan daging lembu dan biri-biri dari Australia yang semakin meningkat, kami gembira untuk bekerja dengan anda.

HUBUNGI KAMI
DI MANA BOLEH BELI

DI MANA BOLEH BELI

Dimanakah daging lembu dan biri-biri Australia boleh dibeli Daging lembu dan biri-biri Australia kini sedia untuk dipesan! Untuk mencari penjual runcit yang berhampiran anda.

KLIK DI SINI

PEMBUNGKUSAN DAN TEMPOH SIMPAN TERKINI

PEMBUNGKUSAN DAN TEMPOH SIMPAN TERKINI

Sejak bertahun-tahun yang lalu industri daging Australia telah mengenal pasti bahawa pembungkusan dan penghantaran adalah dua perkara yang penting dalam rantaian bekalan daging lembu, terutamanya untuk pelanggan antarabangsa.

Sektor pemprosesan kami menggunakan teknologi pembungkusan yang terkini untuk memastikan daging lembu Australia dihantar ke pasaran eksport dalam keadaan berkualiti tinggi sepertimana ia meninggalkan tempat pemprosesan.

Potongan daging lembu Australia yang disejukkan dipek vakum untuk mengekalkan kesegaran dan kualitinya dan memastikan tempoh simpannya dilanjutkan. Kawalan suhu yang ketat dikekalkan sepanjang proses penghantaran bagi menghalang pertumbuhan bakteria dan menjadikan tempoh simpan daging lembu Australia mencapai sehingga 120 hari di bawah keadaan penyimpanan optimum.

Pemproses Australia mempertimbangkan empat faktor berikut yang memainkan peranan utama dalam mengawal pertumbuhan mikroorganisma pada daging dalam pek vakum:

- Keadaan Pemprosesan di Australia - Kebersihan lembu sebelum disembelih (kerana diberi makan rumput) dan penurunan kelajuan pemprosesan pada penyembelihan menghasilkan jumlah mikrob yang rendah lalu mengurangkan kemungkinan pencemaran pada permukaan daging. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, semua pemproses yang diiktiraf untuk mengeksport mempunyai prosedur HACCP kerajaan Australia yang boleh diaudit, standard keselamatan dan kebersihan makanan yang tinggi yang wajib dilaksanakan.

- Suhu — Kadar pembiakan mikrob pada suhu 0°C hingga 1°C hanya kira-kira separuh daripada yang membiak pada 5°C. Menjaga suhu penyimpanan serendah -1°C tanpa membekukan daging adalah cara terbaik untuk memaksimumkan tempoh simpan. Daging Australia biasanya diangkut pada suhu -1.5°C hingga -0.5°C.

- Atmosfera Gas dalam Pembungkusan Vakum - Asas pembungkusan vakum yang berkesan untuk mencegah kerosakan dan memanjangkan tempoh simpan daging adalah persekitaran bebas oksigen yang menghalang pertumbuhan bakteria yang boleh merosakkan, namun masih membolehkan proses penuaan semula jadi diteruskan.

- pH Daging - Daging dengan pH tinggi (pH6.0 dan lebih tinggi—definisi tradisional 'dark cutter' (daging berwarna gelap) akan rosak lebih cepat daripada daging di bawah pH6, kerana sesetengah bakteria dapat bertahan dalam persekitaran pH yang tinggi ini. Dengan mengasingkan daging daripada karkas di mana pH daging lebih tinggi daripada 6, pemproses boleh mencegah masalah kerosakan ini.