Tumisan daging Australia dengan belimbing buluh

  • Prep 10Min
  • Cook 10Min
  • Style
  • Meat
  • Cut
  • Serves 4

Daging lembu Australia yang ditumis dengan belimbing buluh dan rempah ratus yang aromatik, menjadikan hidangan ini amat nikmat rasanya dan mudah dihidangkan.

Ingredients

  • 300g hirisan daging lembu Australia yang masih sejuk
  • 200g belimbing buluh, dipotong setengah
  • 100g taucu
  • 1 sudu besar kicap masin pekat
  • 1 sudu besar kicap masin cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 biji bawnag merah kecil, dihiris halus
  • 3 batang cili padi merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • Setengah cawan minyak goreng

Preparation

  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan cili padi dan bawang putih, adukkan. Masukkan taucu, kicap masin pekat dan cair, dan sos tiram. Tumiskan.

  2. Masukkan hirisan daging lembu Australia dan tumiskan selama 2 minit.

  3. Tambahkan belimbing buluh dan bawang merah kecil. Tumiskan selama 2 minit. 

  4. Bubuhkan sedikit daun bawang dan tumiskan sehingga dagingnya masak mengikut citarasa sendiri. 

  5. Hidangkan jamuan ini selagi panas dan nikmatilah hidangan tumisan daging dengan belimbing buluh ini!