Peraturan media sosial syarikat

Ketahui penglibatan Meat & Livestock Australia di media sosial. Kami menawarkan berita, perbincangan serta tinjauan berkenaan industri daging merah Australia di samping berkongsi idea masakan lazat untuk daging, kambing dan biri-biri Australia.

Kami menggalakkan pengguna untuk mengambil bahagian dalam perbincangan yang sihat serta mengikut topik yang berkaitan di saluran media sosial dan dalam aliran komen kandungan kami. Kami menggalakkan penglibatan yang saling menghormati, baik serta berbudi bahasa dan kami juga menggalakkan pelbagai sudut pandangan; walau bagaimanapun, kami berhak untuk memadam dan/atau melaporkan siaran atau komen yang melanggar peraturan kami, termasuk mana-mana yang mengandungi:

  • bahasa kesat atau kasar
  • komen yang penuh kebencian atau berdiskriminasi
  • pautan atau komen yang mengandungi bahan kandungan seksual secara eksplisit
  • melanggar hak cipta atau hak harta intelektual
  • spam, pautan untuk mengumpan atau fail mengandungi virus yang boleh menyebabkan kerosakan
  • serangan terhadap kumpulan tertentu atau sebarang komen yang bertujuan untuk mengganggu, mengugut atau menganiayai individu
  • promosi atau pengumpanan iklan
  • siaran yang menghasut atau melakukan perbualan yang sengaja untuk mengganggu orang
  • kenyataan yang tidak tepat atau mengelirukan tentang organisasi, produk dan kakitangan kami
  • siaran yang menghasut perbincangan tentang perkara di luar topik, termasuk, tetapi tidak terhad kepada komen tentang politik
  • mempromosikan aktiviti yang melanggar undang-undang.

MLA boleh, mengikut budi bicaranya, menyekat mana-mana pengguna yang melanggar peraturan kami di saluran media sosial dan tapak web kami. Jika anda melihat ada siaran pengguna yang melanggar peraturan ini, sila laporkannya kepada kami (lihat pilihan hubungi kami di bawah).

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak akan menapis atau memadam komen tanpa alasan yang munasabah.


Jangan kongsi maklumat peribadi atau maklumat sulit anda
Ingat, saluran media sosial ialah platform awam dan anda hanya perlu berkongsi maklumat yang anda ingin tunjukkan kepada orang awam. Jangan kongsi maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat e-mel, maklumat kesihatan atau sebarang maklumat peribadi anda yang lain. Jangan kongsi maklumat sulit. MLA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kos, tuntutan, kerosakan dan/atau perbelanjaan yang timbul akibat daripada mendedahkan maklumat sulit atau maklumat peribadi yang disiarkan di media sosial MLA. 

Hubungi kami – kami sedia membantu
Jika pengguna mempunyai sebarang komen, soalan atau kebimbangan tentang saluran media sosial kami, sila hubungi kami dan kami akan menjawab sebarang soalan yang munasabah secepat mungkin. Anda boleh menghubungi kami melalui platform media sosial yang berkaitan (jika berkenaan) atau melalui butiran hubungan yang berkaitan untuk lokasi anda.

Terma 

Terma Penggunaan Tapak Web MLA diguna pakai untuk sebarang penggunaan saluran media sosial kami serta rujukan kepada tapak web dalam terma berikut, yang boleh dianggap sebagai rujukan kepada saluran media sosial kami.

Kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan ketepatan maklumat yang terkandung dalam saluran media sosial kami. Walau bagaimanapun, pihak MLA tidak akan bertanggungjawab terhadap ketetapan, kemas kini, kesempurnaan maklumat atau pendapat yang terkandung dalam saluran media sosial kami.

Saluran media sosial MLA bertujuan untuk memberikan maklumat am sahaja tanpa mengambil kira keadaan, objektif, atau keperluan anda. Anda hendaklah mencari kepastian dahulu sebelum membuat keputusan membabitkan kepentingan anda. Penggunaan atau kebergantungan anda terhadap sebarang kandungan adalah pada risiko anda sendiri dan pihak MLA tidak menerima liabiliti untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang anda tanggung akibat daripada penggunaan atau kebergantungan tersebut.

Pandangan dan pendapat yang dinyatakan dalam saluran media sosial kami tidak boleh dianggap sebagai dasar atau pendapat rasmi MLA, wakilnya atau ahli gabungannya. MLA tidak menyokong sebarang pendapat atau cadangan yang disiarkan dalam saluran media sosialnya.

Kami amat mengesyorkan agar anda menggunakan budi bicara dan keraguan serta mendapatkan nasihat profesional sebelum bergantung kepada sebarang siaran. Jika anda bergantung sepenuhnya terhadap mana-mana maklumat dalam siaran, risiko adalah tanggungan anda sendiri. Tiada tanggungjawab atau liabiliti bagi komen pengguna dalam halaman ini akan diterima oleh pihak MLA, wakilnya dan/atau ahli gabungannya. Kemunculan pautan luar atau penggunaan aplikasi pihak ketiga pada tapak ini tidak membentuk pengesahan sah oleh pihak MLA.

Maklumat yang terkandung di sini boleh didapati daripada pelbagai sumber pihak ketiga. Walaupun pihak MLA berusaha untuk mengesahkan maklumat pihak ketiga ini, namun pihak MLA tidak dapat mengesahkan kesemua maklumat pihak ketiga ini. Ramalan dan unjuran, berdasarkan sifatnya, adalah tidak tepat dan tertakluk kepada ketidakpastian yang tinggi. Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil dalam memberikan ramalan dan unjuran, hasil keputusan mungkin berbeza daripada segi material dan prestasi lalu bukanlah penunjuk prestasi masa akan datang yang dapat dipercayai.

Anda hendaklah mencari kepastian dahulu sebelum membuat keputusan tentang kepentingan anda. Penggunaan atau kebergantungan anda terhadap sebarang kandungan adalah risiko tanggungan anda sendiri dan pihak MLA tidak menerima liabiliti untuk sebarang bentuk kerugian atau kerosakan yang anda tanggung akibat daripada penggunaan atau kebergantungan tersebut.