KISAH AUSTRALIA

Mengapa memilih daging lembu, biri-biri dan kambing Australia?

Selama lebih daripada 200 tahun, para peladang Australia telah menurunkan ilmu pengetahuan mereka dari satu generasi ke satu generasi dan mewujudkan industri daging dan ternakan yang sarat dengan tradisi dan amat membanggakan. Rantaian bekalan kami yang terulung di dunia serta kelebihan yang kami miliki untuk menternak haiwan-haiwan dalam persekitaran yang tidak tercemar, telah mengukuhkan reputasi kami sebagai pengeluar daging lembu dan kambing yang berkualiti tinggi.

Kami membesar dengan daging berkualiti terbaik di dunia. Kini, kami ingin mengongsikannya dengan anda.

 

 

 

TENTANG AUSSIE BEEF & LAMB

TENTANG AUSSIE BEEF & LAMB

Australia mempunyai sejarah yang panjang dan masyhur dalam memperkenalkan produk dagingnya ke seluruh dunia. Jenama seperti 'Aussie Beef' (Daging Lembu Australia) di Jepun, 'Hoju Chungjung Woo' di Korea dan 'Halal Australian Meat' (Daging Halal Australia)' di Timur Tengah telah menceritakan kisah kami sejak tahun 1980-an.

Tatkala jenama-jenama ini berjaya membina satu reputasi yang teguh, kisah kami telah disebarkan ke merata tempat menggunakan beberapa jenama dengan identiti berbeza. Oleh sebab para pelanggan Australia mempunyai pandangan yang semakin global, industri daging Australia telah mengenal pasti satu peluang untuk bergabung di bawah satu jenama yang meliputi kesemua pasaran eksport. Maka, jenama Aussie Beef & Lamb telah dibangunkan dan dilancarkan pada tahun 2014.

Jenama ini telah dibina berlandaskan tiga teras utama: tempat tinggal yang ideal, ketenangan fikiran dan kenikmatan sejati. Baca lebih lanjut di bawah tentang setiap satu teras tersebut.

AUSTRALIA - TEMPAT TINGGAL YANG IDEAL

AUSTRALIA - TEMPAT TINGGAL YANG IDEAL

Daging lembu dan kambing Australia sememangnya adalah hasil daripada persekitarannya. Iklim kami yang unik, ruang yang terbuka luas dan persekitaran semula jadi membolehkan haiwan-haiwan hidup dalam habitat semula jadi mereka dan itu membantu kami menyediakan bekalan dengan konsisten sepanjang tahun. Secara semula jadi juga haiwan-haiwan terlindung daripada penyakit dan bebas berkeliaran di padang rumput ternak yang dijaga kerana Australia merupakan sebuah pulau yang amat besar. Kehidupan mereka yang kurang tertekan memberikan impak yang sangat positif kepada kualiti daging keluaran kami.

Kami juga berterima kasih kepada sistem perlindungan sempadan dan biosekuriti yang dikendalikan oleh kerajaan di mana integriti industri daging Australia dapat dikekalkan sepanjang tahun. Sebagai hasilnya, industri daging Australia memiliki satu daripada status kesihatan haiwan tertinggi di dunia. Secara mudahnya, tidak ada tempat lain yang lebih baik lagi untuk mengeluarkan daging berkualiti selain Australia.

 

KETENANGAN FIKIRAN

KETENANGAN FIKIRAN

Reputasi Australia dalam mengeluarkan daging berkualiti tinggi serta dipercayai adalah kukuh kerana beberapa produk daging lembu dan kambingnya adalah yang terbaik dan dieksport ke lebih daripada 100 buah negara di seluruh dunia. Semua ini adalah kerana sistem yang komprehensif tentang keselamatan makanan, jaminan kualiti dan kebolehkesanan bermula dari ladang hinggalah ia dihidangkan.

Bagi mengekalkan reputasi ini, Meat and Livestock Australia (MLA) serta industri daging yang lebih luas telah melaksanakan beberapa program kebolehkesanan dan jaminan kualiti. Pelaksanaan sistem ini akan terus meningkatkan keupayaan industri dalam mencapai akses ke pasaran yang lebih baik dan juga kebajikan sosial haiwan, hasil alam sekitar dan ekonomi yang lebih baik. Sistem ini bukan sahaja membolehkan Australia mengeluarkan daging berkualiti tinggi tetapi juga memberikan 'ketenangan fikiran' bahawa produk-produk daging Australia boleh dipercayai walau di mana pun ia dinikmati.

PENUH KENIKMATAN

PENUH KENIKMATAN

Dari peladang ke pemproses ke pembekal, Australia amat menitikberatkan kualiti, keselamatan dan integriti apabila ia berkaitan dengan pengeluaran daging. Dengan kepelbagaian potongan daging yang berkualiti disediakan kepada pelanggan di lebih daripada 100 buah negara, lembu-lembu kami yang diberi makan rumput dan bijian menghasilkan daging dengan pelbagai tekstur, profil rasa dan ciri-ciri makan berkualiti yang sempurna untuk beraneka hidangan antarabangsa.

TENTANG MLA

TENTANG MLA

Meat & Livestock Australia (MLA) melabur dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pemasaran bagi merangsang kemakmuran jangka panjang industri daging dan ternakan Australia.

MLA merupakan sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mendapat dana utamanya menerusi levi transaksi ternakan dan pembiayaan penyelidikan daripada Kerajaan. Melalui syarikat subsidiarinya, MLA juga memesatkan inovasi ke seluruh rantaian pembekal daging dan membina integriti industri serta program jaminan kualiti di ladang.

Nilai teras MLA adalah memenuhi kehendak pelanggan, kebertanggungjawapan melalui ketelusan dan mengeluarkan hasil yang menjadi perbezaan. 

LEBIH BANYAK MAKLUMAT